gambar adik beradik abah, selepas permergian arwah pak teh khalid..angah adalah yang berbaju biru..
17 disember 09 bersamaan 30 zulhijjah, lebih kurang 930 pagi, angah menghembuskn nafas terakhirnya d hospital besar ipoh. Sebaik dpt berita, dan selesai meeting d ofis, saya mintak excuse dr bos utk pegi ipoh. Sempatlah saya menatap wajah angah utk kali terakhir. Air muka angah, tenang sangat2, berbanding masa dia sakit hari tu. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan, dn angah selamat dikebumikan selepas waktu asar.
Angah, Aminah Sulong adalah kakak sulong abah.. dr angah lah saya dapat mengenali arwah nenek dan cerita suka duka masa diaorg adik beradik masik kecik.. saya mmg xde byk kesempatan utk bersama arwah nenek, tp melalui cerita2 angah, barulah terasa lebih mengenali nenek.. angah mmg suka bercerita, kalau masa mkn sampai kering tangan dia bercerita.. huhuu.. itulah sedikit sebanyak antara kenangan saya bersama arwah angah.
semoga angah tenang di sana, dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.. al-Fatihah..
Kuala Lumpur Time