Showing posts with label traffic. Show all posts
Showing posts with label traffic. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Driver yang kurengss..

Hari ini dalam sejarah, jem paling teruk penah saya rasa sejak sekian lama menjadi pengguna setia MEX highway.. Dari area sungai besi hinggalah ke exit bukit
jalil, average speed adalah below 10 km/j.. Bosan giler. Mula2 saya ingatkan ada kemalangan, tp sebenarnya kesesakan tersebut adalah disebabkan oleh umat manusia yang berpusu-pusu nak tengok bola kt stadium bukit jalil.. Malam ni ada pre-qualification piala dunia malaysia lawan taiwan.. Gila betul la diaorg nie.. Tp dari sudut yg lain, macam seronok juga melihatkan sokongan mereka-mereka ini terhadap pasukan bola tempatan.

Dalam pada itu, saya tersangat-sangatlah geram tengok driver-driver yang guna laluan kecemasan. Tak padan dengan drive kereta grand-grand dan mahal-mahal, tp otak letak kat lutut kot (sorry to say lah yer). Bayangkan kalau jem tadi tu disebabkan oleh kemalangan, tak ke dh melambatkan bantuan tiba.. Silap-silap, nyawa orang yg sepatutnya sempat diselamatkan, akhirnya melayang jua.. Cuba kalau diri sendiri or family members diaorg yg eksiden tu..

peringatan tepi jalan: banyak-banyakkan lah bersabar kalau terperangkap dalam jem.. Ingatlah, semua orang pun nk cepat sebenarnya, bukan awak sorang jerr..

Monday, March 7, 2011

Jalan jem lagi..

wah, penatnya macam ni. rasanya sekarang ni selalu sangat jem teruk kt KL.salah ke kalau hujan lebat? salah ke kalau saya keluar office lambat sikit kononnya supaya jalan dah kurang jem sikit? hakikatnya, inilah yang perlu saya tempuh setiap hari sebagai orang yang mencari makan di tengah kota raya KL. keluar rumah sebelum hari cerah, balik rumah bila dh gelap, memang jarang2 sekali dapat jumpa matahari. saya mengaku, saya antara penyumbang kesesakan lalu lintas ni. kenapa tak kongsi kereta? kenapa tak naik kenderaan awam? namun, setelah dibandingkan dari segi masa, kos, keselamatan diri dan convenience, ternyata memandu sendiri lebih menyenangkan saya. untuk pengetahuan, entry ini saya karang di telefon bimbit saya di tengah-tengah kesesakan trafik. saya memandu sambil menaip? tidak juga sebenarnya, sebab kereta saya sudah tak bergerak selama 10 minit. saya masih menunggu, berkira-kira, agaknya jam berapa baru saya akan menjejak rumah, dan makan dinner yang mama masak..

(secara keseluruhan, perjalanan saya balik ke rumah hari ini memakan masa selama 2 jam.. terima kasih Kuala Lumpur!!

Wednesday, December 22, 2010

pengguna jalan raya di KL

di tengah-tengah kesesakkan bandaraya kuala lumpur di kala waktu pagi, tiba2 saya ternampak satu pemandangan yang agak jarang dijumpai di tengah2 KL ni.. ada pakcik berserban ilek jer lalu depan abg polis yg tgh bizi mengawal keadaan traffic. xtau la abg polis tu perasan ker tidak.. 

kepada pakcik tersebut (atau sesiapa shj yang mengamalkan amalan berkenaan), pakcik mmg selamba lah, tp kn lagi bagus kalau pakai topi keledar, manalah tau kalau nasib xbaik, ada pelindungan yang lebih kukuh.. bukan meminta, malah mintak dijauhkan..

gambar sideline: senyum sinis hari isnin.. =)