Hari ni 16 May..bersamaan dengan HARI GURU.. Dengan itu, saya dengan berbesar hati ingin mrngucapkan selamat hari guru terutamanya kepada 2 orang guru yang paling penting dalam hidup saya iaitu mama dan abah, walaupun dua2 pun dh tak megajar di sekolah lagi dh sekarang.. Lepas tu terima kasih, kepada ustazah2 di madrasah di Masjid Rusila.. Juga kepada cikgu2 di Tadika Islam Yayasan Terengganu Cawangan Taman Permint Jaya, cikgu saya time darjah satu kat SK Marang, Terengganu (1 HIJAU - tahun 1990), cikgu saya time darjah dua dan tiga di SK Rusila, Terengganu (2 MERAH - tahun 1991 & 3 PUTIH -tahun 1992), cikgu time darjah empat di SK Seri Budiman (4 JINGGA - tahun 1993), cikgu time darjah 5 dan 6 di SRK St Agnes (5 PUTIH - tahun 1994 & 6 PUTIH - tahun 1995).. Kt sekolah menengah pulak, saya sempat berguru di SMK Perempuan Likas selama seminggu sebelum mendaftar di MRSM Kuching dari tahun 1996 hingga 2000..Lepas itu, saya pun menyambung pengajian di UTP hinggalah tahun 2006.. Even sampai sekarang pun, senior2 di office adalah guru saya.. Sebabnya, bidang kerja saya sekarang langsung tak ada kena mengena dengan apa yang saya belajar d universiti dulu..
Bila sebut hari guru, antara hadiah yang saya pernah saya hadiahkan kepada cikgu2 saya adalah gelas kaca yang dipenuhi dengan gula2.. Walaupun harganya tidak seberapa, tp saya rasa itu saja yang saya mampu mintak mama dan abah sediakan..
Sekarang ni, ramai sahabat handai saya dan juga saudara mara yang menjadikan guru sebagai profession mereka.. Semoga terus sabar mendidik anak bangsa.. Saya bukan tidak berminat, malah hampir2 juga meneruskan pelajaran d UTM di bidang pendidikan.. Tp sudah tertulis, rezeki saya d UTP.. Tapi perasan ingin mengajar tetap disanubari.. InsyaAllah, siapa tahu suatu hari nanti saya akan mengajar juga, kn??
Love Story!
-
We were both young when I first saw you
I close my eyes and the flashback starts
I'm standing there on a balcony in summer air
See the lights, see the par...
17 years ago

Kuala Lumpur Time