Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Masterchef US vs Masterchef Australia

Saya sangat suka dan sangat inspired bila tgk rancangan masakan masterchef.. Rasa sangat kagum tgk kreativiti diaorg. Tapi bak kata en.Bob, makanan orang putih rupa jer cantik,tp selalunya xberapa berasa mcm local food yg kaya dengan spices.. Tapi jika dibandingkn antara masterchef us dan australia, saya sangat kagum dengan spirit of competition dikalangan peserta masterchef australia, xkira la junior ataupun org dewasa.. Walaupun dalam pertandingan,tapi diaorg boleh support each other (both in words and action), praise others for the good work, impressed by others skills and show it to each others. Tak macam masterchef us, dh la juri sgt garang, dikalangan peserta pun nampak sangat xpuas hati kalau orang lain menang, dan diorang selalu rasa lebih hebat dari orang lain.. Pada pendapat saya sendiri, dalam realiti sama ada di ofis atau dalam kehidupan seharian, kita sangat2 memerlukan sokongan daripada org sekeliling untuk lebih confident dan berjaya.. Mintak dijauhkan sifat hasad dengki antara satu sama lain yer..

cerita tepi pinggan: bila tgk org memasak ni,rasa semangat pulak nak mem'baking' dan explore resepi baru lagi.. Hehee..

Thursday, June 30, 2011

Saya Anak Malaysia

Selama ini,saya selalu berbangga dengan orang2 sekeliling saya, yang saya ni anak malaysia.. Sebabnya, asal keturunan saya adalah dari pelbagai negeri.. Moyang saya dari melaka dan johor,atuk nenek saya dari terengganu, melaka dan sabah, parents saya dari terengganu dan sabah, dan saya sendiri dipertemukan jodoh dengan en.Bob yg berasal dari sarawak.. Meriah x keluarga saya??

Tapi,baru-baru ni,saya terbaca la kat surat khabar pasal permohonan seseorang ni untuk mendaftarkan bangsa anak perempuannya sebagai 'anak malaysia'.. Persoalannya,perlukah?? Pada pendapat personal saya,xperlu la nak letak bangsa 'anak malaysia'.. Tak bangga ke dengan asal keturunan sendiri?? Kalau dh semua letak bangsa 'anak malaysia', mana hilang identiti bangsa masing.. Bukan ke multi-culture malaysia ni yang kita semua banggakan.?? adakah dalam case ni,pemohon tadi malu nk letak bangsa anak dia sebagai bangsa yg lain dari pemohon tu sb dia dan suami dia berlainan bangsa (paham-paham sendiri lah yer)?? Hm.. No komen..

Apa pun,saya bangga jadi anak melayu walaupun susur galur keturunan saya berasal dari pelbagai bangsa dan negeri.. Thanks to my moyang,atuk-atuk, nenek-nenek, mama,abah,mak dan bapak (my inlaws).. =)

Wednesday, June 29, 2011

Driver yang kurengss..

Hari ini dalam sejarah, jem paling teruk penah saya rasa sejak sekian lama menjadi pengguna setia MEX highway.. Dari area sungai besi hinggalah ke exit bukit
jalil, average speed adalah below 10 km/j.. Bosan giler. Mula2 saya ingatkan ada kemalangan, tp sebenarnya kesesakan tersebut adalah disebabkan oleh umat manusia yang berpusu-pusu nak tengok bola kt stadium bukit jalil.. Malam ni ada pre-qualification piala dunia malaysia lawan taiwan.. Gila betul la diaorg nie.. Tp dari sudut yg lain, macam seronok juga melihatkan sokongan mereka-mereka ini terhadap pasukan bola tempatan.

Dalam pada itu, saya tersangat-sangatlah geram tengok driver-driver yang guna laluan kecemasan. Tak padan dengan drive kereta grand-grand dan mahal-mahal, tp otak letak kat lutut kot (sorry to say lah yer). Bayangkan kalau jem tadi tu disebabkan oleh kemalangan, tak ke dh melambatkan bantuan tiba.. Silap-silap, nyawa orang yg sepatutnya sempat diselamatkan, akhirnya melayang jua.. Cuba kalau diri sendiri or family members diaorg yg eksiden tu..

peringatan tepi jalan: banyak-banyakkan lah bersabar kalau terperangkap dalam jem.. Ingatlah, semua orang pun nk cepat sebenarnya, bukan awak sorang jerr..

Monday, April 11, 2011

flexi hours

sumber gambar: inetgiant.com

since 1st april 2011, company saya sudah mula melaksanakan 'flexi hour'.. meaning staff boleh masuk kerja between 7am to 9am and balik kerja between 4pm to 6pm.. so, setakat beberapa minggu ni, saya macam xbegitu merasa perbezaannya.. sebab??

saya xda pilihan utk masuk masuk lambat..
1)  sb dh tahu, traffic jem yang teruk waktu pagi.. so, tak sanggup nk bersesak..
2) tempat parking yang limited.. kalau lambat saya kena cari parking kat tempat lain.. n kemungkinan lebih jauh or lebih mahal..

saya pun xda pilihan utk balik awal (on time)..
1) kerja kat ofis berlambak-lambak.. seperti biasa, macam xpernah berkurang.. waktu ofis hour, masa dihabiskan untuk meeting.. jadi terpaksa guna masa selepas ofis untuk melangsaikan dokumen2 yang perlu diteliti dan ditandatangan (yang sudah bertimbun atas meja)..

so, kesimpulannya... life as usual..

Wednesday, December 22, 2010

pengguna jalan raya di KL

di tengah-tengah kesesakkan bandaraya kuala lumpur di kala waktu pagi, tiba2 saya ternampak satu pemandangan yang agak jarang dijumpai di tengah2 KL ni.. ada pakcik berserban ilek jer lalu depan abg polis yg tgh bizi mengawal keadaan traffic. xtau la abg polis tu perasan ker tidak.. 

kepada pakcik tersebut (atau sesiapa shj yang mengamalkan amalan berkenaan), pakcik mmg selamba lah, tp kn lagi bagus kalau pakai topi keledar, manalah tau kalau nasib xbaik, ada pelindungan yang lebih kukuh.. bukan meminta, malah mintak dijauhkan..

gambar sideline: senyum sinis hari isnin.. =)

Friday, April 23, 2010

yeah.. weekend is here..

wah, sonoknyer saya akhirnya weekend yg ditunggu2 sudah tiba.. hari ni, kt ofis pun dh xder mood nk wat keje.. rasa penat sgt kene 2-3 minggu ni.. kerja yang belambak2 tu, cam xpandai gerak2 jer.. kerja yang baru datang ader la. yang paling penting, minggu depan saya nak balik sabah.. hahaa.. sonok!! sonok!! sonokkk!!!!.. yang paling xsabar, nak lepak2 ngan mama, abah, ct n yati. nk rasa cupcake adik2 saya yg dh semakin maju tu. nk g jenjalan. nk g mkn sushi ramai2.. wah, bestnya saya berangan..

tp disaat ini, saya tgh bosan+sakit kepala+sakit pinggang+lapar.. huhuu..