Tuesday, September 13, 2011

Digi, sila bagi replacement iphone4 saya secepat mungkin


Hari ni, sudah masuk minggu ke-dua saya menunggu replacement iphone4 saya daripada digi.. kalau ikutkan customer service, saya kena queue dan menunggu 2-3 bulan untuk mendapatkan iphone4 baru. Dan saya juga diberi tahu, stock sudah habis since 2 bulan lepas.. Digi ni nak berniaga ke tak? Nk jual telefon baru ade pulak stock, tp nk bagi replacement utk iphone yang rosak xde pulak.. Kalau yer pun inventory dua-dua category tu lain, tapi please la improvekan inventory management anda tu.. kalau Maxis boleh bagi immideately or paling lama 3 hari, kenapa Digi xboleh?? Main-main la diaorg ni.. Iphone xder, tp monthly commitment tetap kena bayar.. cammana tuh??

Monday, September 12, 2011

Service Charge

Apa logiknya mengenakan service charge kepada pengguna perkhidmatan telekomunikasi? Bukan ke pengguna membayar utk perkhidmatan yang disediakan oleh ‘service provider’, so apa relevannya kewujudan ‘service charge’ lagi??.. Nama pun service provider..


Kalau kedai makan ada ‘service charge’, ada logic sedikit la, sebab pengguna bayar untuk makanan yang disediakan (walaupun harga makanan tu sebenar-benarnya dh termasuk upah masak, servis pelayan dan juga maintenance kedai).. 

Monday, July 4, 2011

Masterchef US vs Masterchef Australia

Saya sangat suka dan sangat inspired bila tgk rancangan masakan masterchef.. Rasa sangat kagum tgk kreativiti diaorg. Tapi bak kata en.Bob, makanan orang putih rupa jer cantik,tp selalunya xberapa berasa mcm local food yg kaya dengan spices.. Tapi jika dibandingkn antara masterchef us dan australia, saya sangat kagum dengan spirit of competition dikalangan peserta masterchef australia, xkira la junior ataupun org dewasa.. Walaupun dalam pertandingan,tapi diaorg boleh support each other (both in words and action), praise others for the good work, impressed by others skills and show it to each others. Tak macam masterchef us, dh la juri sgt garang, dikalangan peserta pun nampak sangat xpuas hati kalau orang lain menang, dan diorang selalu rasa lebih hebat dari orang lain.. Pada pendapat saya sendiri, dalam realiti sama ada di ofis atau dalam kehidupan seharian, kita sangat2 memerlukan sokongan daripada org sekeliling untuk lebih confident dan berjaya.. Mintak dijauhkan sifat hasad dengki antara satu sama lain yer..

cerita tepi pinggan: bila tgk org memasak ni,rasa semangat pulak nak mem'baking' dan explore resepi baru lagi.. Hehee..

Thursday, June 30, 2011

Saya Anak Malaysia

Selama ini,saya selalu berbangga dengan orang2 sekeliling saya, yang saya ni anak malaysia.. Sebabnya, asal keturunan saya adalah dari pelbagai negeri.. Moyang saya dari melaka dan johor,atuk nenek saya dari terengganu, melaka dan sabah, parents saya dari terengganu dan sabah, dan saya sendiri dipertemukan jodoh dengan en.Bob yg berasal dari sarawak.. Meriah x keluarga saya??

Tapi,baru-baru ni,saya terbaca la kat surat khabar pasal permohonan seseorang ni untuk mendaftarkan bangsa anak perempuannya sebagai 'anak malaysia'.. Persoalannya,perlukah?? Pada pendapat personal saya,xperlu la nak letak bangsa 'anak malaysia'.. Tak bangga ke dengan asal keturunan sendiri?? Kalau dh semua letak bangsa 'anak malaysia', mana hilang identiti bangsa masing.. Bukan ke multi-culture malaysia ni yang kita semua banggakan.?? adakah dalam case ni,pemohon tadi malu nk letak bangsa anak dia sebagai bangsa yg lain dari pemohon tu sb dia dan suami dia berlainan bangsa (paham-paham sendiri lah yer)?? Hm.. No komen..

Apa pun,saya bangga jadi anak melayu walaupun susur galur keturunan saya berasal dari pelbagai bangsa dan negeri.. Thanks to my moyang,atuk-atuk, nenek-nenek, mama,abah,mak dan bapak (my inlaws).. =)

Wednesday, June 29, 2011

Driver yang kurengss..

Hari ini dalam sejarah, jem paling teruk penah saya rasa sejak sekian lama menjadi pengguna setia MEX highway.. Dari area sungai besi hinggalah ke exit bukit
jalil, average speed adalah below 10 km/j.. Bosan giler. Mula2 saya ingatkan ada kemalangan, tp sebenarnya kesesakan tersebut adalah disebabkan oleh umat manusia yang berpusu-pusu nak tengok bola kt stadium bukit jalil.. Malam ni ada pre-qualification piala dunia malaysia lawan taiwan.. Gila betul la diaorg nie.. Tp dari sudut yg lain, macam seronok juga melihatkan sokongan mereka-mereka ini terhadap pasukan bola tempatan.

Dalam pada itu, saya tersangat-sangatlah geram tengok driver-driver yang guna laluan kecemasan. Tak padan dengan drive kereta grand-grand dan mahal-mahal, tp otak letak kat lutut kot (sorry to say lah yer). Bayangkan kalau jem tadi tu disebabkan oleh kemalangan, tak ke dh melambatkan bantuan tiba.. Silap-silap, nyawa orang yg sepatutnya sempat diselamatkan, akhirnya melayang jua.. Cuba kalau diri sendiri or family members diaorg yg eksiden tu..

peringatan tepi jalan: banyak-banyakkan lah bersabar kalau terperangkap dalam jem.. Ingatlah, semua orang pun nk cepat sebenarnya, bukan awak sorang jerr..

Thursday, May 19, 2011

Pics..Hobi baru saya..

Antara hasil air tangan saya setakat ini...
 - apam polka dot (requested by Kak Maizan)
 - Ben10 Vanilla Cake (requested by Kak Maizan)
 - Mini Pavlova served with fresh cream and peach
 - Carrot cake served with cream cheese topping
 - Bread pudding served with vanilla sauce







Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru!!!!!

Hari ni 16 May..bersamaan dengan HARI GURU.. Dengan itu, saya dengan berbesar hati ingin mrngucapkan selamat hari guru terutamanya kepada 2 orang guru yang paling penting dalam hidup saya iaitu mama dan abah, walaupun dua2 pun dh tak megajar di sekolah lagi dh sekarang.. Lepas tu terima kasih, kepada ustazah2 di madrasah di Masjid Rusila.. Juga kepada cikgu2 di Tadika Islam Yayasan Terengganu Cawangan Taman Permint Jaya, cikgu saya time darjah satu kat SK Marang, Terengganu (1 HIJAU - tahun 1990), cikgu saya time darjah dua dan tiga di SK Rusila, Terengganu (2 MERAH - tahun 1991 & 3 PUTIH -tahun 1992), cikgu time darjah empat di SK Seri Budiman (4 JINGGA - tahun 1993), cikgu time darjah 5 dan 6 di SRK St Agnes (5 PUTIH - tahun 1994 & 6 PUTIH - tahun 1995).. Kt sekolah menengah pulak, saya sempat berguru di SMK Perempuan Likas selama seminggu sebelum mendaftar di MRSM Kuching dari tahun 1996 hingga 2000..Lepas itu, saya pun menyambung pengajian di UTP hinggalah tahun 2006.. Even sampai sekarang pun, senior2 di office adalah guru saya.. Sebabnya, bidang kerja saya sekarang langsung tak ada kena mengena dengan apa yang saya belajar d universiti dulu..

Bila sebut hari guru, antara hadiah yang saya pernah saya hadiahkan kepada cikgu2 saya adalah gelas kaca yang dipenuhi dengan gula2.. Walaupun harganya tidak seberapa, tp saya rasa itu saja yang saya mampu mintak mama dan abah sediakan..

Sekarang ni, ramai sahabat handai saya dan juga saudara mara yang menjadikan guru sebagai profession mereka.. Semoga terus sabar mendidik anak bangsa.. Saya bukan tidak berminat, malah hampir2 juga meneruskan pelajaran d UTM di bidang pendidikan.. Tp sudah tertulis, rezeki saya d UTP.. Tapi perasan ingin mengajar tetap disanubari.. InsyaAllah, siapa tahu suatu hari nanti saya akan mengajar juga, kn??

Saturday, May 14, 2011

New weekend hobby..

Sekarang saya ada hobby baru.. Iaitu baking.. Ni akibat terbawa2 time mama kt sini hari tu.. Bila dia dh balik kk, byk pulak balance barabg2 mentang utk baking.. Sayang, takut membazir, sebab tu la saya pun mula merajinkan diri untuk mem'baking'.. Bila menjadi, rasa seronok pulak.. Hehee..

Saya start dgn cupcake, oreo crumb vanila cupcake.. Time nk buat, byk kali saya call mama n ct, tanya betul x cara-caranys.. Hiasan? Saya guna buttercream, hias bunga ros kecik-kecik jer.. Kebetulan usu nk lepak2 kt rumah, so ramailah org yg boleh makan cupcake tu.. Balance, saya bwk ke office..

Lepas tu, saya buat apam pulak.. Apam moden a.k.a apam polka dot.. Spt biasa, saya bwk ke office.. Ada pulak org yg berkenan, mintak buatkn minimum 40 biji, nk bawa ke sekolah anak dia katanya.. Plus nk cake jugak.. Nasib yati ada kt rumah, so saya memberanikan diri utk accept order tu.. Hasilnya, 60 biji apam polka dot dan sebiji vanila cake 1 kg BEN10..(gambar saya upload kemudian yer)..

Erm, minggu i pulak saya nk try buat pavlova n carrot cake.. Harap-harap menjadi lagi.. =)

Tuesday, April 26, 2011

E-Filing.. Sudahkan anda??

Hari ni dh masuk 26hb April.. Setelah beberapa minggu en.Bob bising2 tanya bila dh buat e-filing, hari ni baru saya berjaya memaksa diri mengisi borang tersebut secara online.. (actually 2nd attempt dh.. 1st attempt tak berjaya sb servis internet kat rumah ni, makin lama makin hampeh..) Dengan suka citanya, saya nak declare yang tahun ni, rupanya saya dh terlebih byr cukai.. Wah, suka,sukaa!! Erm, tapi kerja saya belum selesai.. Saya baru half way, sb baru siap e-filing saya.. E-filing en.Bob saya xbuat lagi.. Huhuu.. Itu lah sebenarnya kenapa dia dok membebel kat saya psl nk buat e-filing nie.. Sb kalau bukan saya yang buat, memang xbuatlah jawapnya.. Hehee..

Saya tengok ofis-mate saya pun, kebanyakannya mesti wife yang buatkn diaorang punya e-filing.. Erm, saja nak manja2 la tu, kan??? Tapi ada jugaklah yang husband buat kan.. Hehee..

Walaupun pengisian borang ni adalah secara paksa-rela, tp terpaksa lah jawapnya kan.. Dalam hidup kita sebagai rakyat malaysia, kiri-kanan ada tax.. Cukai pendapatan la, cukai perkhidmatan la, cukai kerajaan la, cukai pintu la, and cukai macam2 lagi laa.. Kesemuanya adalah dikutip a.k.a dibayar secara paksa-rela.. Jadi, saya seru kepada 'mereka2'yang akan membelanjakan hasil cukai kami ni, tolong la berbelanja secara berhemah yer.. Penat kitaorang kerja cari makan, tau.. Hehee.. Jgn marah yer!! (tapi saya serious ni..) hidup 1Malaysia!!!!!


cerita tepi kain: manusia ni memang pantang dengan duit kan? Mula la berangan nk beli apa dengan duit extra tue. Hehee.. Boleh cam tu???

Monday, April 11, 2011

flexi hours

sumber gambar: inetgiant.com

since 1st april 2011, company saya sudah mula melaksanakan 'flexi hour'.. meaning staff boleh masuk kerja between 7am to 9am and balik kerja between 4pm to 6pm.. so, setakat beberapa minggu ni, saya macam xbegitu merasa perbezaannya.. sebab??

saya xda pilihan utk masuk masuk lambat..
1)  sb dh tahu, traffic jem yang teruk waktu pagi.. so, tak sanggup nk bersesak..
2) tempat parking yang limited.. kalau lambat saya kena cari parking kat tempat lain.. n kemungkinan lebih jauh or lebih mahal..

saya pun xda pilihan utk balik awal (on time)..
1) kerja kat ofis berlambak-lambak.. seperti biasa, macam xpernah berkurang.. waktu ofis hour, masa dihabiskan untuk meeting.. jadi terpaksa guna masa selepas ofis untuk melangsaikan dokumen2 yang perlu diteliti dan ditandatangan (yang sudah bertimbun atas meja)..

so, kesimpulannya... life as usual..

Tuesday, March 29, 2011

Me, en.Bob and our new toy..

Saya suka permainan baru ni,or sebenarnya kebaruan.. Hahaaa.. Yang penting saya sangat suka. Banyak lagi nak d explore ni.. =)

Sunday, March 13, 2011

Merong Mahasuasa

erm, merong mahasuasa adalah bapa saudara kepada merong mahawangsa.. hehee..

sumber gambar: thebestfilms.net

hari ni, saya berjaya menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan ct dan mama.. pendapat saya? not bad at all.. sekurang2nya ada 'rasa' atau 'rencah' baru dalam filem-filem Malaysia sb filem ni lain dari yang lain.. jalan cerita pun ok sebab walaupun ni cerita epik, tp tetap diselitkan dengan unsur-unsur humor supaya tak membosankan.. tapi kalau ada yang membandingkan dengan filem2 luar negara, tak dpt dinafikan filem merong ni masih ada ruang untuk diperbaiki.. secara keseluruhan, saya puas hati dapat tonton filem ni di pawagam..Saya bangga sebab ada yang berani mengetengahkan filem2 sebegini (yang berunsur sejarah. semoga dapat membuka minat orang lain untuk mengenali sejarah dengan lebih mendalam.. walaupun cerita hikayat biasanya mencampur-adukkan cerita sebenar, mitos dan fantasi).. 
sekarang saya berazam nak menghabiskan bacaan naskah asal Hikayat Merong Mahawangsa.. Wish me luck!!

cerita tepi garisan: saya seronok sebab en.Bob akan balik seminggu lagi.. yeay!!!

Monday, March 7, 2011

Jalan jem lagi..

wah, penatnya macam ni. rasanya sekarang ni selalu sangat jem teruk kt KL.salah ke kalau hujan lebat? salah ke kalau saya keluar office lambat sikit kononnya supaya jalan dah kurang jem sikit? hakikatnya, inilah yang perlu saya tempuh setiap hari sebagai orang yang mencari makan di tengah kota raya KL. keluar rumah sebelum hari cerah, balik rumah bila dh gelap, memang jarang2 sekali dapat jumpa matahari. saya mengaku, saya antara penyumbang kesesakan lalu lintas ni. kenapa tak kongsi kereta? kenapa tak naik kenderaan awam? namun, setelah dibandingkan dari segi masa, kos, keselamatan diri dan convenience, ternyata memandu sendiri lebih menyenangkan saya. untuk pengetahuan, entry ini saya karang di telefon bimbit saya di tengah-tengah kesesakan trafik. saya memandu sambil menaip? tidak juga sebenarnya, sebab kereta saya sudah tak bergerak selama 10 minit. saya masih menunggu, berkira-kira, agaknya jam berapa baru saya akan menjejak rumah, dan makan dinner yang mama masak..

(secara keseluruhan, perjalanan saya balik ke rumah hari ini memakan masa selama 2 jam.. terima kasih Kuala Lumpur!!

Saturday, February 19, 2011

yeay, rambut baru..

finally, setelah dekat setahun tertangguh, akhirnya saya berjaya memotong rambut yg dh di simpan sejak 3 tahun lepas... terus rasa ringan jer kepala dengan new hair cut nie. saya suker!!!

Sunday, February 13, 2011

jauh di mata, dekat dihati..

itulah temanya untuk 5 minggu yg akan dtg.. en.Bob dh selamat terbang ke Frankfurt hari sabtu lepas.. tinggal la saya kt sini. tp mama ngan ct ader kt rumah buat teman saya.. hehee..

Mula-mula en.Bob dpt berita kene outstation kt Jerman, ader jugak perasaan nk ikut, sb byr tambang flight and mkn jer.. tempat tinggal dh selamat. tp rasa sayang pulak nk spend dekat rm 5,000.00 utk terbang and naik flight sorang2.. better g shopping, lagi puas hati... lagi pun en.Bob mesti bz kt sana, mana ada masa nk teman2 saya.. erm, xper la.. mana tau masa2 akan dtg ader rezeki saya nk berjalan2 kt tempat org.. buat masa ni, xdapek la jawapnya. yg penting, en.Bob jgn luper belikan ole-ole yg saya nk tu yer.. hehee.. take care!!!

Saturday, January 8, 2011

Berita Hairan..


Quote from Bernama " KOTA BAHARU, Jan 8 (Bernama) -- The Kelantan state government has been criticised for failing to improve the drainage system to prevent flash floods."

Erm, bila terbaca berita ni, saya cam compius lak sekarang.. Adakah negeri Kelantan jer yang tengah banjir jer sekarang ni??? Ker saya salah baca surat khabar? owh, patutla.. rupanya saya baca Berita Hairan.. Patutla hairan... Hairan.. Hm..

Tuesday, January 4, 2011

uhuk..saya sakit..

erm, xsuka nya rasa bila badan rasa xsihat ni.. tiba2 pulak kene heartburn.. dari tadi menahan pedih.. duduk xselesa, baring pun xselesa.. nak nanges boleh?? huhuuu.. tu la, lain kali amalkan lagi skip time makan.. pagi td pegi amik ubat kt pcmc.. kerana xsempat breakfast, saya tapau jer bawak balik ofis.. kt ofis pun xsempat mkn.. ujung2 time lunch hour baru termakan sandwich 2 keping yg saya tapau tadik. lepas tu pegi bangi.. balik rumah perut dh kebulur giler, so solusion yang paling segera adalah MEE SEGERA!!! =) dan akibatnya, heartburn ni makin teruk.. huhuu.. dah la, time jumpa doktor td kene amik darah lagi.. 2 kali doktor cucuk, xdpt amik darah.. last2 dia cucuk kt area tulang yg timbul kt pergelangan tangan tu, baru dapat.. uhuk, sakit gilerrr... sampai malam ni pun sengal2 lagi rasa..

picture: credit to heartburnremedies101.org