Thursday, June 30, 2011

Saya Anak Malaysia

Selama ini,saya selalu berbangga dengan orang2 sekeliling saya, yang saya ni anak malaysia.. Sebabnya, asal keturunan saya adalah dari pelbagai negeri.. Moyang saya dari melaka dan johor,atuk nenek saya dari terengganu, melaka dan sabah, parents saya dari terengganu dan sabah, dan saya sendiri dipertemukan jodoh dengan en.Bob yg berasal dari sarawak.. Meriah x keluarga saya??

Tapi,baru-baru ni,saya terbaca la kat surat khabar pasal permohonan seseorang ni untuk mendaftarkan bangsa anak perempuannya sebagai 'anak malaysia'.. Persoalannya,perlukah?? Pada pendapat personal saya,xperlu la nak letak bangsa 'anak malaysia'.. Tak bangga ke dengan asal keturunan sendiri?? Kalau dh semua letak bangsa 'anak malaysia', mana hilang identiti bangsa masing.. Bukan ke multi-culture malaysia ni yang kita semua banggakan.?? adakah dalam case ni,pemohon tadi malu nk letak bangsa anak dia sebagai bangsa yg lain dari pemohon tu sb dia dan suami dia berlainan bangsa (paham-paham sendiri lah yer)?? Hm.. No komen..

Apa pun,saya bangga jadi anak melayu walaupun susur galur keturunan saya berasal dari pelbagai bangsa dan negeri.. Thanks to my moyang,atuk-atuk, nenek-nenek, mama,abah,mak dan bapak (my inlaws).. =)

Wednesday, June 29, 2011

Driver yang kurengss..

Hari ini dalam sejarah, jem paling teruk penah saya rasa sejak sekian lama menjadi pengguna setia MEX highway.. Dari area sungai besi hinggalah ke exit bukit
jalil, average speed adalah below 10 km/j.. Bosan giler. Mula2 saya ingatkan ada kemalangan, tp sebenarnya kesesakan tersebut adalah disebabkan oleh umat manusia yang berpusu-pusu nak tengok bola kt stadium bukit jalil.. Malam ni ada pre-qualification piala dunia malaysia lawan taiwan.. Gila betul la diaorg nie.. Tp dari sudut yg lain, macam seronok juga melihatkan sokongan mereka-mereka ini terhadap pasukan bola tempatan.

Dalam pada itu, saya tersangat-sangatlah geram tengok driver-driver yang guna laluan kecemasan. Tak padan dengan drive kereta grand-grand dan mahal-mahal, tp otak letak kat lutut kot (sorry to say lah yer). Bayangkan kalau jem tadi tu disebabkan oleh kemalangan, tak ke dh melambatkan bantuan tiba.. Silap-silap, nyawa orang yg sepatutnya sempat diselamatkan, akhirnya melayang jua.. Cuba kalau diri sendiri or family members diaorg yg eksiden tu..

peringatan tepi jalan: banyak-banyakkan lah bersabar kalau terperangkap dalam jem.. Ingatlah, semua orang pun nk cepat sebenarnya, bukan awak sorang jerr..