Saturday, March 21, 2009

21-03-2009

hari nie lah hari besar kater org.. hari kenduri kawen kami.. awal2 pagi sumer org dh kelam kabut.. mama dr mlm td xtdo.. ct n yati pun kol 4 pagi baru tdo.. huhuu.. ader kumpulan kulintangan (alat permainan traditional kaum kedayan) utk memeriahkan suasana.. kebetulan family2 dari kl, terengganu n singapore pun dtg, so kene tunjuk la sket aper kelainannya kenduri kawen d sabah nie.. keseluruhannya, majlis berjalan lancar.. walau pun ader yg 'kureng' di sana-sini, tp alhamdulillah ramai yg sudi dtg termasuklah kawan2 abah dr kk.. makanan pun cukup utk semua.. kalau ikut adat sebenar, pengantin lelaki akan naik ke rumah utk jemput pengantin perempuan, tp sebelum tu kene bawak pusing2 kt halaman.. n lepas jemput pengantin perempuan, sepatutnya turun sampai ke tangga rumah, tp atuk yg over excited sb cucu dia kawen itu, telah bawak kami pusing khemah tetamu, pondok org masak, tempat org cuci pinggan, and sampai ke rumah nenek.. huhuu.. dh la hari panas giler2.. tp seronok jugak.. iyerla, kalau xbuat cam tu, xleh nk jumpa semua org yg dtg.. Menjelang lewat tengah hari, tetamu2 pun dh pulang.. n semua org collaps, kepenatan.. Anyway, terima kasih semua atas penat lelah dan sokongan dan juga hadiah2 =).. hanya Allah saja yg dpt membalas..
Di sebalik tabir hari sanding..
1. Skali lagi xder letrik.. dh la masa tu dok sakan bergambar.. tp terpaksa maintain cool, nk masuk gambar tau.. nanti buruk laks gambar..
2. Photographer of both days, my beloved sisters and sister-in-law.. Ct, Yati n Ain.. walaupun korang amature, tp gambar2 nya cantik.. thanks ya!! X sia2 sessi belajar SLR time tunggu banjir hari tu.. huhuu..

Friday, March 20, 2009

20-03-2009

Akhirnya, hari yg d tunggu2 tiba.. Lebih kurang jam 10.15 pagi, dengan sekali lafaz i'm officially Mrs.Hisham.. yang paling istimewa, abah sendiri yg nikahkan kami.. Thanks abah.. Perasaan?? ntah.. nebes ader, takut ader, berdebar ader.. semua bercampur baur sampai dh xde perasaan.. hanya satu harapan yg jelas dan nyata, semoga semuanya berjalan lancar.. Alhamdulillah, Allah makbulkan..



Selepas solat jumaat, majlis diteruskan dengan upacara berbedak (kalau kt semenanjung ni, mcm majlis berinai lah..) actually, ader 3 aturan/benda yg perlu d buat oleh org yg merenjis. mula-mula calitkn inai atas tapak tangan pengantin, 2nd calitkn bedak pengantik kt muka pengantin, lastly renjis2 air wangi kt pengantin.. rasa nk tergelak time duduk atas pelamin tu, mcm2 gaya org yg merenjis ktorg.. iyerlah, sumer dtg dr latar belakang dan tempat yg berlainan.. sebelum renjis-merenjis, majlis dimulakan dengan selawat dh marhaban utk keberkatan majlis.. biasanya majlis ni org buat time mlm, tp mama prefer wat time petang, sb mlm2 takut ujan, n family2 bz nk prepare utk kenduri keesokan harinya..
Pada mlm nya pulak, xder acara2 istimewa.. just mlm tu belulur n pakai inai.. belulur tu guna bedak.. sebenarnya, sejak seminggu before kawen, tiap2 mlm kena pakai bedak sejuk/bedak pengantin.. bedak ni special, sb nenek sendirik yg buat.. erm, pakai bedak ni bukan setakat kt muka, tp seluruh badan.. nenek kali utk buang daki2.. hehee.. bob pun kena pakai jugak.. skali tgk dh mcm ikan celup tepung lak.. hahaa.. dlm pukul 10 baru start nk belulur.. pastu mandi trus n pakai inai laks.. nasib ader angah tikah (adik ipar mama) yg tolong pakaikn.. tunggu inai, sampai tertido2.. ujung2 kol 2 baru bukak.. tp cedeh.. inai xmerah sgt.. oyen jer kaler dia.. huhuu..
Di sebalik tabir majlis akad nikah & majlis berbedak:-

1. Baju siti ngan yati xsempat siap.. angah imah xsempat nk jahit sb anak dia xbrapa sihat.. asyik nk merengek jer.. last2 ct kena take over jahit baju tu.. just sempat pakai time majlis berbedak jer..

2. Dari time org balik solat jumaat, sampai dh abes make-up, xder letrik.. panasnya Tuhan saja lah yg tahu.. dengan baju pengantin tu yg 2-3 lapis.. jgn kater pengantin, pak andam tu pun lencun satu baju.. nasib la ader assistant dia jd tukang kipas.. hehe.. cian..

3. Disebabkn takut ujan, makcik2 dh bising2 suruh campak baju atas atap (petua org tua2).. sebenarnya malas nk layan, and tanak percaya sgt, tp xlarat nk dengar diaorg bising, so mama kater buat jer la.. bg diaorg puas hati.. huhuu.. kebetulan, dua-dua hari kenduri tu, lepas org dh balik sumer, baru hujan turun lebat2.. Alhamdulillah..
Bersambung ke 21-03-2009..

Thursday, February 19, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan

Kami dengan rendah diri, menjemput & mengalu-alu kehadiran anda semua ke majlis perkahwinan kami pada hari..

Sabtu, 21 March 2009 d Kg.Tanjung Pagar, Sipitang, Sabah..

Harap kerjasama kawan2 supaya dpt men-sms alamat anda ke no telefon saya (016 881 8116) supaya kad jemputan dpt d hantar ke tempat anda.. Semoga kehadiran anda semua dpt memeriahkan lagi majlis kami..

Sekian, salam ikhlas daripada,
Hazida Razali & Mohamad Hisham Zakaria (@ Bob)
sila rujuk e-card dibwh.. =)

Wedding in January - Part II

Selamat Pengantin Baru - Shahrin & Ansriah
31 Januari 2009

Shah nie office-mate bob, the first training-mate derang yg kawen.. 31 Januari nie majlis sambut menantu d rumah pengantin lelaki.. on that day, kami konvoi 4 buah kereta start d Shell USJ sampai la ker rumah pengantin lelaki ni di Batu 6, Tambun.. ekceli, sonok konvoi ramai2 nie.. sejak keje, nie la first time rasanya yg betol2 jd konvoi.. Nway, selamat pengantin baru shah & ansriah..

Wedding in January - Part I

Selamat Pengantin Baru - Abg.Najib & Kak Ieda
(11 Januari 2009)


Abg Najib, my cousin anak mak itam.. anak mak itam yg last skali kawen.. abah pun semangat jer datang dr KK.. nk jumpa sedara mara trus kata nyer.. well, meriah mmg la m
eriah, jumpa semua sedara mara dr segenap semenanjung.. ada yg dtg dr melaka, kuantan, ipoh.. just dr singapore jer yg xder wakil.. yg sedihnya diri sendiri nie yg xberapa kenal sedara sendirik.. maklum la, jarang2 jumpa.. harap ada majlis mcm ni la, baru bersua muka..