Tuesday, April 26, 2011

E-Filing.. Sudahkan anda??

Hari ni dh masuk 26hb April.. Setelah beberapa minggu en.Bob bising2 tanya bila dh buat e-filing, hari ni baru saya berjaya memaksa diri mengisi borang tersebut secara online.. (actually 2nd attempt dh.. 1st attempt tak berjaya sb servis internet kat rumah ni, makin lama makin hampeh..) Dengan suka citanya, saya nak declare yang tahun ni, rupanya saya dh terlebih byr cukai.. Wah, suka,sukaa!! Erm, tapi kerja saya belum selesai.. Saya baru half way, sb baru siap e-filing saya.. E-filing en.Bob saya xbuat lagi.. Huhuu.. Itu lah sebenarnya kenapa dia dok membebel kat saya psl nk buat e-filing nie.. Sb kalau bukan saya yang buat, memang xbuatlah jawapnya.. Hehee..

Saya tengok ofis-mate saya pun, kebanyakannya mesti wife yang buatkn diaorang punya e-filing.. Erm, saja nak manja2 la tu, kan??? Tapi ada jugaklah yang husband buat kan.. Hehee..

Walaupun pengisian borang ni adalah secara paksa-rela, tp terpaksa lah jawapnya kan.. Dalam hidup kita sebagai rakyat malaysia, kiri-kanan ada tax.. Cukai pendapatan la, cukai perkhidmatan la, cukai kerajaan la, cukai pintu la, and cukai macam2 lagi laa.. Kesemuanya adalah dikutip a.k.a dibayar secara paksa-rela.. Jadi, saya seru kepada 'mereka2'yang akan membelanjakan hasil cukai kami ni, tolong la berbelanja secara berhemah yer.. Penat kitaorang kerja cari makan, tau.. Hehee.. Jgn marah yer!! (tapi saya serious ni..) hidup 1Malaysia!!!!!


cerita tepi kain: manusia ni memang pantang dengan duit kan? Mula la berangan nk beli apa dengan duit extra tue. Hehee.. Boleh cam tu???

Monday, April 11, 2011

flexi hours

sumber gambar: inetgiant.com

since 1st april 2011, company saya sudah mula melaksanakan 'flexi hour'.. meaning staff boleh masuk kerja between 7am to 9am and balik kerja between 4pm to 6pm.. so, setakat beberapa minggu ni, saya macam xbegitu merasa perbezaannya.. sebab??

saya xda pilihan utk masuk masuk lambat..
1)  sb dh tahu, traffic jem yang teruk waktu pagi.. so, tak sanggup nk bersesak..
2) tempat parking yang limited.. kalau lambat saya kena cari parking kat tempat lain.. n kemungkinan lebih jauh or lebih mahal..

saya pun xda pilihan utk balik awal (on time)..
1) kerja kat ofis berlambak-lambak.. seperti biasa, macam xpernah berkurang.. waktu ofis hour, masa dihabiskan untuk meeting.. jadi terpaksa guna masa selepas ofis untuk melangsaikan dokumen2 yang perlu diteliti dan ditandatangan (yang sudah bertimbun atas meja)..

so, kesimpulannya... life as usual..

Tuesday, March 29, 2011

Me, en.Bob and our new toy..

Saya suka permainan baru ni,or sebenarnya kebaruan.. Hahaaa.. Yang penting saya sangat suka. Banyak lagi nak d explore ni.. =)

Sunday, March 13, 2011

Merong Mahasuasa

erm, merong mahasuasa adalah bapa saudara kepada merong mahawangsa.. hehee..

sumber gambar: thebestfilms.net

hari ni, saya berjaya menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan ct dan mama.. pendapat saya? not bad at all.. sekurang2nya ada 'rasa' atau 'rencah' baru dalam filem-filem Malaysia sb filem ni lain dari yang lain.. jalan cerita pun ok sebab walaupun ni cerita epik, tp tetap diselitkan dengan unsur-unsur humor supaya tak membosankan.. tapi kalau ada yang membandingkan dengan filem2 luar negara, tak dpt dinafikan filem merong ni masih ada ruang untuk diperbaiki.. secara keseluruhan, saya puas hati dapat tonton filem ni di pawagam..Saya bangga sebab ada yang berani mengetengahkan filem2 sebegini (yang berunsur sejarah. semoga dapat membuka minat orang lain untuk mengenali sejarah dengan lebih mendalam.. walaupun cerita hikayat biasanya mencampur-adukkan cerita sebenar, mitos dan fantasi).. 
sekarang saya berazam nak menghabiskan bacaan naskah asal Hikayat Merong Mahawangsa.. Wish me luck!!

cerita tepi garisan: saya seronok sebab en.Bob akan balik seminggu lagi.. yeay!!!

Monday, March 7, 2011

Jalan jem lagi..

wah, penatnya macam ni. rasanya sekarang ni selalu sangat jem teruk kt KL.salah ke kalau hujan lebat? salah ke kalau saya keluar office lambat sikit kononnya supaya jalan dah kurang jem sikit? hakikatnya, inilah yang perlu saya tempuh setiap hari sebagai orang yang mencari makan di tengah kota raya KL. keluar rumah sebelum hari cerah, balik rumah bila dh gelap, memang jarang2 sekali dapat jumpa matahari. saya mengaku, saya antara penyumbang kesesakan lalu lintas ni. kenapa tak kongsi kereta? kenapa tak naik kenderaan awam? namun, setelah dibandingkan dari segi masa, kos, keselamatan diri dan convenience, ternyata memandu sendiri lebih menyenangkan saya. untuk pengetahuan, entry ini saya karang di telefon bimbit saya di tengah-tengah kesesakan trafik. saya memandu sambil menaip? tidak juga sebenarnya, sebab kereta saya sudah tak bergerak selama 10 minit. saya masih menunggu, berkira-kira, agaknya jam berapa baru saya akan menjejak rumah, dan makan dinner yang mama masak..

(secara keseluruhan, perjalanan saya balik ke rumah hari ini memakan masa selama 2 jam.. terima kasih Kuala Lumpur!!

Saturday, February 19, 2011

yeay, rambut baru..

finally, setelah dekat setahun tertangguh, akhirnya saya berjaya memotong rambut yg dh di simpan sejak 3 tahun lepas... terus rasa ringan jer kepala dengan new hair cut nie. saya suker!!!

Sunday, February 13, 2011

jauh di mata, dekat dihati..

itulah temanya untuk 5 minggu yg akan dtg.. en.Bob dh selamat terbang ke Frankfurt hari sabtu lepas.. tinggal la saya kt sini. tp mama ngan ct ader kt rumah buat teman saya.. hehee..

Mula-mula en.Bob dpt berita kene outstation kt Jerman, ader jugak perasaan nk ikut, sb byr tambang flight and mkn jer.. tempat tinggal dh selamat. tp rasa sayang pulak nk spend dekat rm 5,000.00 utk terbang and naik flight sorang2.. better g shopping, lagi puas hati... lagi pun en.Bob mesti bz kt sana, mana ada masa nk teman2 saya.. erm, xper la.. mana tau masa2 akan dtg ader rezeki saya nk berjalan2 kt tempat org.. buat masa ni, xdapek la jawapnya. yg penting, en.Bob jgn luper belikan ole-ole yg saya nk tu yer.. hehee.. take care!!!

Saturday, January 8, 2011

Berita Hairan..


Quote from Bernama " KOTA BAHARU, Jan 8 (Bernama) -- The Kelantan state government has been criticised for failing to improve the drainage system to prevent flash floods."

Erm, bila terbaca berita ni, saya cam compius lak sekarang.. Adakah negeri Kelantan jer yang tengah banjir jer sekarang ni??? Ker saya salah baca surat khabar? owh, patutla.. rupanya saya baca Berita Hairan.. Patutla hairan... Hairan.. Hm..

Tuesday, January 4, 2011

uhuk..saya sakit..

erm, xsuka nya rasa bila badan rasa xsihat ni.. tiba2 pulak kene heartburn.. dari tadi menahan pedih.. duduk xselesa, baring pun xselesa.. nak nanges boleh?? huhuuu.. tu la, lain kali amalkan lagi skip time makan.. pagi td pegi amik ubat kt pcmc.. kerana xsempat breakfast, saya tapau jer bawak balik ofis.. kt ofis pun xsempat mkn.. ujung2 time lunch hour baru termakan sandwich 2 keping yg saya tapau tadik. lepas tu pegi bangi.. balik rumah perut dh kebulur giler, so solusion yang paling segera adalah MEE SEGERA!!! =) dan akibatnya, heartburn ni makin teruk.. huhuu.. dah la, time jumpa doktor td kene amik darah lagi.. 2 kali doktor cucuk, xdpt amik darah.. last2 dia cucuk kt area tulang yg timbul kt pergelangan tangan tu, baru dapat.. uhuk, sakit gilerrr... sampai malam ni pun sengal2 lagi rasa..

picture: credit to heartburnremedies101.org